Saturday, January 2, 2010

Hikayat Hadiah Dari Langit

Mempersembahkan ceritera kanak-kanak sedunia..happy reading..

Maka tersebutlah kisah di satu habitat dimana makhluk-makhluk yg menghuni di situ semuanya adalah binatang-binatang dari seluruh pelosok dunia yg telah dihijrahkan oleh manusia.Kawasan tersebut telah dikenali sejak berabad lamanya sebagai zoo negeri-negara iaitu HQ(ibupejabat) haiwan-haiwan sedunia.
Di dalam habitat tersebut sudah semestinya terdapat banyak kawasan perumahan haiwan-haiwan yg bertaraf lima bulan.Dalam banyak-banyak rumah atau bahasa saintifiknya kandang, terdapat satu kandang yg berkeluasan 500 kaki meter persegi telah ditempatkan sepasang kawan baik a.k.a BFF(best friend forever) iaitu seekor cipan dan seekor semut.
Sang cipan telah diberi nama semuta manakala sang semut pula bernama cipana.Tidak pasti pula bagaimana nama tersebut diperolehi namun itulah nama yg tercatit dalam surat beranak mereka.
Jadi hendak dipendekkan cerita, datanglah beberapa orang pelancong yang ingin melihat sendiri keakraban semut dan cipan tersebut setelah kisah mereka yg dianggap sangat menarik dan unik oleh alam sejagat, disiarkan secara berleluasa dan gilang-gemilangnya di stesen-stesen televisyen mahupun radio dan media-media cetak tidak ketinggalan jua.Lalu pelancong-pelancong yg entah dari ceruk dunia manakah datangnya mereka, dengan asyik melihat keunikan yg telah digembar-gemburkan yang tanpa disedari telah menjatuhkan sebentuk cincin bertatahkan batu zamrud tiruan dimana cincin tersebut sebenarnya diperolehi dari dalam keropok yg beli kat apek ikan tu.
Puk!!Jatuh di atas kepala si cipan.Dengan terujanya si cipan memanggil sahabat baiknya dan menceritakan kejadian yg dianggap satu keajaiban yg sangat memukau terhadap dirinya. Akhirnya hidup mereka bertambah bahagia dan gembira dari hari ke hari sejak mendapat 'hadiah dari langit' pada anggapan mereka..

Sekian terima kasih......

*Amaran : Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan kelogikannya usahlah diragui lagi..haha..Ia cumalah untuk hiburan dikala malam bulan mengambang sahaja atau di lain-lain waktu jua..

1 comment:

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha.. asal aku x leh stop gelak pas baca cite ni??