Monday, March 28, 2011

Mat salleh sesat

waaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrggggggggggghhhhhhh----->menguap tahap tak sopan nih..
Walaupon dah kuyu mata aku nih tapi dengan tidak menghampakan peminat-peminat aku akan bermadah sedikit tentang memoirrrr aku semalam sewaktu pulang ke kota untuk mencari rezeki..ewaaahhhhh~

Sebelum itu mari aku singkap cerita yang lain dahulu.Begini. Pada suatu masa dahulu ada seorang professional yang mempunyai kelulusan dalam bidang perlautan dan segala benda yang berkaitan dengan laut.Hal yang demikian termasuklah spesies-spesies hidupan laut, arah mata angin, menetukan arah menggunakan kompas, mengemudikan kapal dan apa-apalah yang berkaitan dengan laut. Tapi malangnya, si profesiooooonal ni sombong nak mati.Mari kita gelarkan dia sebagai Karim bukan nama sebenar.So sape-sape nama karim jangan tersinggungg ye sebab tu bukan nama sebenar-benarnya..he he he. Jadi dengan perangai karim yang bongkak dan angkuh nih, die menjadi bualan hangat dalam topik-topik utama sewaktu aktiviti mengayam ketupat cicah rendang ayammmm. Tak kurang juga yang mengkagumi si karim nih sebab, ye lah ada profesional qualification la katakan. Nak dijadikan cerita ada lah seorang nelayan di kampung tuh..(bayangkan je lah)..Mari kita gelarkan saja si nelayan nih Nela..(haha)..itu cuma nama samaran nya sahaja..nama sebenar? Rahhhhsssiiiiiiaaaaaaa uuuuuuuuuu...hhahaha..Si nela nih memanglah tetiap hari ke laut menjalankan tugas sebagai nelayan. Nak dijadikan citer lagi si Karim nih memang menyampah benau dengan si Nela nih..macamlah si nela tuh kemaruk sangat dengan si karim nih..huh perasan! Tapi si Nela ni tak menyombong walaupun si karim nih mengata macam-macam dengan die tapi die pekakkan saja hidung die.Lantak kau lah nak cakap ape.Ada aku kesah? begitulah monolog dalaman pemuda bernama Nela ini.Mulia sungguh hatimu kanda..huk huk huk..(gedik sangat pegi mampusss)..Ok biar aku pendekkan citer je. Karim nih selalu berlagak lah maklumlah orang ada ijazah(profesiooonal punya lah). Nela pulak cuma ada sampan dengan jalanya yg buroookkk. Berok die pon ada bela sekor.Diberi nama james brooke..(keh keh keh)..boring-boring james brooke akan pergi memetik kelapa mengambil upah takpon tolong orang buat amal cari kutu kt kepalahotak. Lupakan sekejap cerita james brooke.Ia bukanlah watak utama skg nih.Sambung balik tadi. Si karim nih selalu lah memandang rendah dekat si Nela kerana dia sangka die bijak lebih drpada Nela. Suatu hari mereka beradu tenaga dengan pergi belayar. Meraka tetapkan siapa dapat pergi ke Pulau Alajazam then patah balik ke kampung mereka dalam masa yg paling pantass akan dapat berkahwin dengan puteri raja.(oh sesuka hati kauuu je).Jangan perasan.Bukan dapat kahwin tapi dapat Nama sahaja kat kampung tuh. So mereka pon setat lah belayar. Si karim tentulah menggunakan segala teknologi kejuruteraan yang beliau pernah belajar di atas kertas suatu ketika dahulu dan belayar menggunakan kapal yang gah! di mata kampung itu.Karim mengaplikasikan segala teori yang pernah beliau hapal dahulu.Namun Karim lupa yang die tidak pernah ada pengalaman belayar walaupun basic knowledge tuh ada.Manakala si Nela cumalah belayar menggunakan sampannya yang buruk bersama jalanya yang burukk dan berrok nya yang buruk a.k.a james brooke. Dan semuanya begitu mudah bagi Nela keran Nela cukup well versed dalam mengemudi arah dan tujuannya. So pemenangnya adalah Nela dan Karim adalah pengalahnya. Jadi moralnya di sini janganlah memandang rendah dengan manusia lain hanya kerana kamu lebih sesuatu daripada mereka. Ingat Nelayan tuh boleh dikatakan pencetus minda para jurutera-jurutera marin(or whatever it is).Mereka tau bagaimana menentukan arah melalui bintang kalau time malam.(rasanya lah)..Semuanya dari pengalaman mereka.Ingat! Pengalaman itu amat bernilai tak dapat dibeli dengan wang rupiah mahupun Dinar.Kupang apatah lagi.

Sekarang aku nak cerita kisah benar yang terjadi semalam waktu aku pulang ke kota...(mcm ulang je ayat nih)..Cerita kat atas nih cuma rekaaan aku..Jangan lah marah.Nanti cepat Tua. tenaok macam aku mudaa je lagi.Tak nak tanya petua ke? Aku takda petua.(sebab perasan muda lagi)..

Di suatu petang yang dingin ada seorang gadis terhuyung-hayang(bajet kurus lah dibuai angin kencang.sembang kencang adalarr) terhegeh-hegeh baru nak pergi beli tiket bus nak balik ke kota raya. Jadi naiklah ke bus menuju ke kota raya naik atas lebuhraya bus rosak pulak kat ipoh raya(saja tambah bagi sedap). Turunlah semua makhluk kat dalam bus tuh melepak kat tepi lebuhraya tengok kereta menyesup-nyesupp atas lebuhraya bajett laajuuu..Blaahhhh laaaa..Pandu cermat jiwa selamat lah weeeiiii..Ingat orang tersayang lahhh..! Si gadis tadi tuh duduk la bersila atas lantai bersimenkan intan berlian bertahkhta kan batu permata.Ok tipu.Duduk atas pasir bertemankan rumput rampai bersama semut-semut yang sentiasa berlari ke hulu ke hilir bajett rajin..Berlakon plak semut nih depan aku.. So Denagn cahaya matahari yang memukau yang sentiasa membantu dalam proses fotosintesis. Yang memberi makna kepada biasan cahaya jika ada pantulan cahaya ke atas air (ye ke?). So tengah melepak-lepak tuh,mestilah order teh tarik plus dengan roti canai spesial kan?Ye la tuh.Dalam mimpi saje. Tetiba muncul mat salleh dari mana entah datangnya dengan lagak seperti pengembara yang sangat berdedikasi pergi jalan buat tak tahu je kat kitorang yg tgh senang lenang melepak tgu bus ganti sampei nih.Mat salleh tu pergi menuju barat daya dari arah si gadis td tuh. Mat salleh tadi tuh pon mencuba nasib menahan kereta dengan aksi yang biasa kita lihat dalam drama-drama di TV mahupun di panggung wayang. Dalam hati si gadis, ada ke orang yang berani nak bagi tumpang?maklumlah bukan kenal pon. So dalam dok bermonolog tuh PaaP! kereta MyVi taksilap lah warna putih berenti dan bagi mat salleh tadi tuh tumpang. So Pakcik kat sebelah aku buat-buat sembang pulak. Si gadis cuma mampu berkata rakyat mesia nih baik jugak yee..HA HA HA.. Bila bus ganti dah sampai memang nikmat tol masuk dalam bus tuh.Dari suhu 139 darjah celsius ke suhu -12 darjah celsius memang manntopppp! (suhu tu aku tipu)..So bermula lah balik journey yg tertangguh untuk berapa jam minit saat dan apa-apalah..Sekian Terima Kasih.

Jalan-jalan dalam tidur~~~

5 comments:

Cik Jari said...

sejak akhir2 nih,rajin ko wat karangan 500 patah perkataan.. praktis untuk esei kenaikan pangkat ke? hihi

suka hati said...

haha..aku tengah prektis kalau aku jadi wakil rakyat, ni lah teks ucapan aku..hahaaa

MiZi said...

tengok komen kat atas.. serius memang entry ni panjang.. mengah nak leh habehkan..

ENTRY BARU : layan beger jom

suka hati said...

len kali warm up dulu..baru tak mengah..wahaha

cimOt said...

juling mata aku baca esei ang ni..

btw, aku pasan url ang hampir sama ngan aku..hihihi..geng la