Friday, August 19, 2011

Miracle la weh!

Assalamualaikum

Okeh skang nih aku nak share cara-cara menjaga motor dengan sempurna. Sebab apa aku rasa aku layak untuk memberi tips ini adalah kerana keajaiban telah berlaku kat aku. Ini semua sebab aku tahu cara yang betul dan benar untuk menjaga moto. Tambah2 barang2 lama kan. Vintage la katakan. Meh aku bagitau cara-cara yang baru aku gembar-gemburkan tadi. Bukan gembur tanah ler. Tanah kat umah aku ni tak gembur2 kan lagi. Aku nak tanam pokok cili aku nih. Dok dalam polybag tuh kesian je aku tengok tak cukup ruang yang selesa. Hmmmmm. Sabaq sat nanti aku bagi ruang yg best sangat kat hang naaa pokok ciliku...

Ok berikut adalah tips untuk menjadi seorang tuan pemilik motor yang baik lagi tip top:

Pertama - Waktu pagi-pagi nak pergi kerja tuh, start la moto pehtu biar lama sikit bagi panassss enjin. Sambil tengah dok tunggu enjin panas tuh, korang puji lah sikit moto korang tuh. Aku selalu puji motor aku. Contoh2 ayat pujian yang terbaik adalah seperti berikut:
a) Baby(panggilan manja), harini jangan buat hal.U are the very best! I know baby is the best ever! Baby baby baby ooooo like baby baby baby ooooo(lagu justin bieber)
b) Dan sebagainya/etc..hehe..pujian bergantung pada kreativiti korang lah yer..

Kedua - Isi la minyak bagi penuh. Bagi makanan yg cukup pada moto korang. Moto aku dah dua kali habis minyak kat tgh jalan. Serik hokkay! Aku dah trauma nak tangguh2 isi minyak. Selain itu meter minyak aku rosak senantiasa tunjuk E memanjang. Tapi miracle happened today whereby my fuel metre has been showed some movement weh!!! That's all because I know how to take a really good care of my ayah's motor. That motor really help me a lot. I love that motor. Later aku mandikan kau ye motor. Berselut sangat aku tengok.

Ketiga - Basuh la motor korang kerap-kerap sikit. Bab ni aku fail sikit la sebab aku ni kan perasan bz. Later aku basuh bagi berkilau-kilau lebih dari m daud kilau kay. Bagu hensem sikit moto aku tuh. Sebab dah hemsem jadi nak bagi lebih hemsem je. Bersih dan wangi. Baru ramai nak ngorat. Eh lari tajuk plak.

Keempat - Optimis! erk well ada kaitan ok. Tak caye try la.

Kelima - ermmm dah habis kot.Tak leh recall lak apa lagi tips yg tip top abad ini.

So, amacam? Korang mesti dah ada idea camner nak menjaga moto dengan terbaik. Sama-sama la yer utk korang yg baru nak ucap mahupun yg terlintas nak ucap tima kasih kat aku tuh. Well I know. Haha. Ok lah semoga korang tak ragu2 lagi nak bergurau senda dengan motor korang!

Bye!
Salam ramadan!
Jangan lupa pergi terawih ye. 10 malam terakhir nih. Grab this chance now as we dont know we still can get ramadan in future or not.







2 comments:

Cik Jari said...

boleh masukkan moto dlm mesin basuh tak?

suka hati said...

boleh...sape cakap tak boleh?